Printing – Potato Printing

Menghasilkan projek seni untuk kanak-kanak tak perlukan barang2 yang canggih mangih sebenarnya. Untuk mereka keseronokan lebih utama. Nak2 anak2 kecil dalam lingkungan 3-6 tahun tu, projek simple pun boleh jadi menyeronokkan bila buat bersama2 kawan, adik beradik atau ibubapa sendiri!

Satu lagi projek mudah untuk kanak2 yang tak perlukan kemahiran melukis, atau mewarna. Projek printing menggunakan kentang! Ha… bila saya mengukir kentang2 ni teringat pulak saya zaman sekolah2 dulu. Bila ada projek ni sibuklah mak2 kita ambik kentang buat ukiran, pelepah pisanglah, kacang botol, bawang dan macam2 benda kat dapur tu yang mereka guna..  Sebenarnya mak2 kita ni kreatif orangnya..

Projek ni saya buat dengan kanak2 3 – 6 tahun. Untuk mengukir, saya guna cookie cutter je, lebih cepat dan kemas. Sebab projek ni agak mudah, saya cuba pula dengan anak saya yang kecil, Irsyad 2 tahun 4 bulan. Tapi next time kena sediakan paper yang besar sikit, sebab dia sibuk nak cop kat dinding & lantai… nasib baik buat kat luar rumah!

Painting – Plaster of Paris

Plaster modelling ni dah pernah cerita before. Cuma nak kongsi gambar budak2 ni. Mereka ni memang suka painting sebab most of them tak berkesempatan nak cuba di rumah mahupun di sekolah – apalagi penggunaan acrylic yang agak mahal. Itulah salah satu sebab adanya Art-Venture Kids’ Studio ni.. nak beri peluang pada kanak2 menggunakan pelbagai media selain dari tempat yang sesuai untuk aktiviti macam ni..

Hemm.. sebut tentang tempat yang sesuai.. dah beberapa kali gak insident paint & air tumpah ke lantai!!!! Nama pun budak2….

Collage for Toddler

Umaira - 4 thn

Comelnya Umaira ni!!

Seronok betul dia buat collage for the first time. Ini satu lagi projek mudah untuk kanak-kanak 3-6 tahun. Mereka ni bukan tak suka mewarna, tapi cepat penat.. maklumlah tangan pun masih tak kuat nak grip pensel warna.

Jadi apa kata, cuba aktiviti collage pula. Tak perlu menggunting. Cuma koyakkan kertas2 warna, kemuadian suruh mereka apply gam pada gambar dan tampal kertas2 warna tu. Biar mereka decide warna apa untuk bahagian2 yang ada. Yang penting, gambar yang dipilih tu mesti yang mereka suka dan pilihan warna kena banyak, jadi semangatlah sikit they all nak siapkan…

Landscape Drawing – Sawah Padi

Ingat tak masa kecik2 dulu bila lukis pemandangan rata2 semua lukis gambar sawah padi berlatar belakangkan gunung. Saya pun sama. Lepas tu adala matahari kat celah gunung… rumah kampung, tepi tu ada pokok kelapa..hehe.. walhal saya tak pernah tengok the real sawah sampaila umur 18 tahun – masa ikut kawan sebilik balik kampong dia di Gurun, Kedah. Exited bukan main.. snap gambar sawah padi kat tepi highway..  tup2 kawin dengan Kedahan.. sekarang rumah saya betul2 bersebelahan sawah padi.

Di Alor Setar ni sawah padi masih banyak lagi. Jadi saya rasa topic landscape – sawah padi ni bukan sesuatu yang asing buat kanak2 kat sini. Sebagai permulaan saya suruh mereka buat garisan di tengah kertas sebagai pembahagi ruang – antara sawah dan latar belakang. Saya beri guideline macammana nak lukis sawah padi, Tapi untuk latar belakangnya, terpulang pada creativity masing-masing.

Saya tak menitik beratkan sangat cantik atau tidak lukisan kanak2 ni. Pada saya apa yang lebih penting ialah proses perbincangan tentang subjek yang dilukis tu. Sessi berceritalah masanya kita nak latih minda kanak2 ni menjadi lebih kreatif. Kadang-kadang lukisan anak2 kita nampak simple je, tapi bila suruh mereka bercerita tentang apa yang dilukis tu, macam2 kisah keluar! Kat bawah ni hasil kerja tangan kanak2 7 hingga 10 tahun. Mereka cuma ada masa selama 1 1/2 jam je nak habiskan melukis dan mewarna. Kalau dapat masa lebih tentu banyak lagi idea mereka yang boleh direalisasikan dalam lukisan ni!!

Aiman - 7 thn

Madiha - 7 thn

Alyaa - 8 thn

Hazirah - 8 thn

Aisyah - 9 thn

Irfan - 10 thn

Hand Drawing with Toddler

Kelas untuk 3-6 tahun dah pun bermula March lepas.

Untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur begini memang perlu banyak perhatian dari orang dewasa. Walaupun projek nampak simple, challenge sebenarnya lebih kepada bagaimana nak take care dan berinteraksi dengan anak2 ni supaya mereka boleh tumpukan perhatian pada projek. Projek pun ambik masa sekejap je tapi sesi berceritanya yang lama…

Ini projek yang boleh dicuba dengan anak2 seawal 3 tahun. Kami buat hand print drawing, Since they all ni baru nak kenal pencil dan belum boleh melukis lagi, saya gunakan benda2 lain sebagai cara nak tarik minat they all.

Setakat ni, benda yang paling popular dengan anak2 ialah “wiggly eyes”. Memang they all cukup seronok bila tengok benda tu sampai semua tempat nk ditempel dengan wiggly eyes. So lepas buat hand drawing tu, kami tempekkan winggly eyes kat setiap jari. Lepas tu suruh anak2 buat garisan sebagai hidung dan mulut. Masa buat projek ni boleh la suruh mereka namakan jari2 yang dah dilekat dengan wiggly eyes tu, tanya siapa characternya – contoh family member ke, kawan2 ke, kira ade berapa jari etc.

Saya juga kira ini projek paling mudah untuk ajar dia orang konsep membuat garisan. Buat garisan tegak ke bawah sebagai hidung. Garisan melenkung kebawah bila sedih, garisan melengkung ke atas bila senyum. Garis putus- putus bawah mata, bila menangis. Lepas tu gunalah konsep garisan tu untuk dibuat rambut pulak.

Kat bawah ni gambar Umaira -4 tahun dengan projek hand drawingnya. Yang sebelah kiri tu yang dia lukis, yang sebelah kanan tu saya buat sebagai contoh. Dalam pelat2 dia sibuk bercerita pasal setiap character jari2 nya! mak ayah, abang, cousinnya pun masuk sekali.. hehehe

 

Salt Dough – Part 2

Lamanya tak update blog.. bila bercuti mood menulis pun hilang!! Liat betul nak start menulis, padahal dah banyak aktiviti yang kami buat lepas cuti sekolah ni!.. Tunggu punya tunggu, dah masuk bulan April.

Lepas buat salt dough hari tu, kami gunakan bentuk2 yang dah dibuat untuk diabadikan dalam wood plate sebagai signage yang boleh diletak kat pintu atau dinding.

So, kami proceed dengan process mewarna. Kami guna acrylic supaya warna tak keluar bila apply varnish. Mula2 warnakan wood plate dulu, saya suruh budak2 ni buat 4-5 garisan, ikut they all-lah maacammana nak gayakan, lepas tu warnakan tiap2 bahagian dengan warna yang digemari. Kemudian warnakan huruf2 dan bentuk-benutk yang dah dibuat.

Bila dah kering dan divarnish, lekatkan huruf2 dan bentuk2 yang dah diwarnakan guna pva glue.  Tu je… semua exited bila tengok plate dengan nama masing-masing!!

Sebenarnya ada banyak lagi projek2 kecil guna salt dough nih. contohnya, alphabet brooch pin – cuma lekatkan pin kat belakang huruf , kalau nak buat fridge mangnet, lekatkan magnet kat belakang dough tu. Satu lagi saya buat hiasan pada gelang tangan (kena buat lubang sebelum keraskan dough). Seronok bermain dengan salt dough ni… cubalah di rumah, murah dan mudah!!