Rafflesia Papier Mache

Bunga Rafflesia ialah antara keunikan hutan hujan di Malaysia. Bagus juga dijadikan bahan untuk projek sebab selain dari buat art, kami terangkan sikit keunikan bunga terbesar di dunia ni!

Saya rasa bunga ni sesuai dibuat menggunakan teknik papier mache. Kalau tengok rancangan2 art & craft di tv sekarang, most of the time mereka guna teknik ni. Budak2 pun selalu minta buat papier mache macam dalam tv!

But what they don’t know is, papier mache takes hours to cut n paste.  Pulak tu, takes days to dry out!! Bila buat projek, part menampal tu mula2 ok, bila dah 15 min masih menampal lagi.. mulalah.. penat, boring, tangan kecut lah etc. Daripada carik2 kecil, ada yg at last tampal tisu paper sebesar2 tidak (talk about creativity!!!^&*$%#) Ada yang merungut apsal abang Qi  (art attack host) buat sekejap je dah boleh pakai!!! hhhmmmm…  nama pun budak2.. kelakar pulak tengok kerenah mereka ni.. Knowing that, kami buat projek ni in group, taklah boring sangat & cepat sket siap – boleh juga belajar bekerjasama!

Dan paling penting,  melalui project ni,  mereka belajar bersabar, berhati-hati untuk dapatkan best result.

Kami guna kertas kotak sebagai kelopak – adults kena tolong potong sebab kertas ni sangat tebal. Untuk yg kecil sikit kami guna cereal box sebagai kelopak. I think cereal box lagi bagus sebab mudah di lentur dan budak2 pun boleh tolong gunting. Bahagian tengah dihasilkan dari gumpalan suratkhabar, membentuk donut. Lepas tu lekatkan kelopak dengan gumpalan suratkhabar menggunakan duck tape.

Kami buat satu lapisan tape untuk menguatkan binaan bunga. Lepas tu baru buat lapisan papier mache menggunakan tisu paper.  Kena tunggu betul2 kering (1-2  hari) lepas tu barulah boleh mula mewarna.

Inilah hasilnya.. menarik kan!!

Jar Cap – Paper Mache Bear

Project menghias penutup balang ni pernah disiarkan dalam Art-Zooka kat tv, satu masa dulu. Dalam episode tu dia buat kucing menggunakan sisa2 dari washing machine, as wll as paper mache technique untuk bahagian muka.

The girls prefer a bear instead. Tekniknya sama, guna newspaper, tapes, acrylic dan sedikit cardboard untuk membentuk bahagian telinga bear. Ooops, jangan lupa balang – boleh beli kat kedai – RM1 – 2, tak pun recycle je lah balang kuih yang kita selalu guna time hari raya tu..

Firstly, buat gumpalan membentuk separa bulat  dengan suratkhabar lama, lepas tu lekat kat bahagian atas penutup balang. Potong cardboard membentuk telinga bear & lekat kat tempat sepatutnye.  Balut dengan tapes elok2 atau kalau boleh sabar, buatlah tampalan guna tisue paper  – tapi kena tunggu kering baru boleh go on to the next step.

Dah siap, lukislah rupabentuk muka bear – mata, hidung mulut dan mula mewarna. Kalau susah nak mewarna, bahagian mata – maklumlah permukaan tu mungkin tak rata, lukis cardboard berbentuk mata, tampal kat bahagian berkenaan. Hidung dan mulut tu boleh guna permanent marker je..

Siap dah, varnishkan dia.. supaya lebih comel..

Apa kata raya tahun ni kita buat fesyen macam ni pulak untuk balang kuih raya??? Asyik ropol2 jer.. tukarla style.. hehehehe…

Paper Mache – Big Bowl

Ini satu lagi projek yang Artventure kids seronok melakukannya!! Big bowl using paper mache technique. Something yang mereka tak pernah buat kat sekolah. Kami ambik masa 2 session untuk buat projek ni. Satu session untuk tiup belon, lekatkan paper atas belon and main belon yang lebih-lebih tu…  Satu session lagi, untuk mewarna dan menghias bowl yang dah keras.

Untuk kali ni saya guna teknik tampalan je instead of teknik tumbuk atau blender kertas sampai lumat. Mula2 tiup belon ikut size yang dikehendaki. Lepas tu mula tampalkan kertas suratkhabar lama yang dah dikoyak2 menggunakan campuran gam dan air. Untuk tak bagi belon tu bergerak – letaklah dalam bekas, tampal kertas dari bahagian atas hingga ke bawah, ikut tinggi bowl yang nak dibuat.

Process menampal ni ambil masa sebab kena buat banyak lapisan supaya bowl tu keras. Siap menampal keringkan bowl dalam 1-2 hari (ikut cuaca). Bila dah keras, potonglah bowl tu supaya cantik sikit bahagian atasnya. Lepas tu guna kertas yang dah dipintal macam tali dan buat lingkaran pada bahagian bawah bowl dan tape kelilingnya – ini sebagai kaki bowl.

Bila dah siap, boleh mula mengecat bowl. Kami buat satu lapisan masking tape untuk bowl kami sebab malas nak cat putih dulu. Nak cat terus pun boleh tapi make sure catnya tebal sikit jadi taklah nampak sangat suratkhabar tu. Lepas tu macam biasa sapukan varnish untuk kesan kilat dan tahan lama.

Selesai process di atas, bolehlah hiaskan dengan macam2 benda – beads, bling2, tali, foam etc – terpulang pada creativity masing2. Kalau tak nak hias dengan bende2 lain pun boleh gunakan creativity mewarna – seperti penggunaan dua tiga warna, lukis corak pada bowl dan sebagainya.

Projek ni banyak mengajar tentang kesabaran. Ia melatih kanak-kanak ni supaya berhati2. Masa session pertama mereka tak boleh bayangkan macammana belon tu akhirnya boleh jadi bowl. Mereka tak sabar nak mengecat, ada yang tampal ikut suka kt mana, asal siap jadi masa inilah kita kena terangkan sebab kenapa kita kena perlu buat lapisan kertas tu banyak kali and make suru kita tampal ikut turutan supaya tidaklah ada bahagian yang nipis yang tebal – yang tak sekata. Secara tak langsung mereka belajar juga konsep sains seperti kenapa belon tu mengecut selepas beberapa hari. Satu lagi value yang bagus untuk diterapkan dalam projek ni ialah recyclye art – suratkhabar lama pun boleh diguna semula kalau kena caranya.

Kat bawah ni antara finish products yang sempat di snap!

Kat bawah ni, Ikhwan. Dia ni memang suka role play. Jadi bila agak2 dah boring dengan bowl, dia jadikan benda tu topi keledar, kura-kura dan hand bag!! Saya biarkan je, bagi dia think outside the box! Hehehe…

City Scraper – Recycle Art

Saya memang suka mengumpul kotak2 dan bakul etc, sampai husband pun bising banyak sangat kotak tapi tak buat ape puuun.. Dulu masa bekerja pun saya kumpul bakul & bekas, bos pun dah tau kalau hamper sampai, isinya bagilah sesiapa tapi bakul, kotak, saya yang punye.. So bila dah buka studio ni saya memang happy sebab ada tempat untuk saya simpan bahan2 recycle saya ni..

2 mnggu lepas, kami cuba buat recycle art guna kotak2 kesayangan saya.. Lepas 2 sessions, akhirnya siap juga projek City Scrapper dari bahan2 terbuang ni.

Barang2 yang diperlukan ialah mounting board putih (kami guna yang besar sebab ini group projek), kotak2 terpakai seperti kotak susu, cereal, cawan plastic etc.

Mula-mula, buat latarbelakang pemandangan pada board yang nak ditampal. Bahagi kepada 2 bahagian, satu berlatarbelakangkan awan, yang bawahnya berlatarbelakangkan jalan raya.

Lepas tu, bolehlah sediakan kotak2 sebagai bangunan. Projek macam ni selalunya guna teknik papier mache – tampal kertas kat kotak sebelum warnakan kotak-kotak tu. Kami guna cara yang mudah &  cepat sikit –  tapekan je kotak guna masking tape, lepas tu warnakan dengan poster color or plaka.

Sebelum lupa, kalau simpan kotak2 susu or minuman tu, make sure bilas bahagian dalam kotak supaya tak de lebihan susu tertinggal.

Kami mengalami insiden bau susu masam bila start menggunting kotak.. hehhe… My mistake.. lepas ni saya make sure bila nak simpan recycle box, cuci bersih2 dulu.

Lepas mewarna, mulalah lukis tingkap, pintu dan signage. Bila bangunan dah siap, lekatkan ke atas board guna pvc glue atau double sided tape. Tambahkan seri projek ni dengan benda2 lain sebagai hiasan – kami guna awan dari kapas, matahari dari pencungkil gigi.. dan macam-macam lagi.

Projek begini secara tak langsung mengajar anak2 merancang sebelum membuat sesuatu. Dalam projek ni, kalau mereka tak rancang kedudukan bangunan, besar bangunan, timbul pulak masaalah tak muat, kotak terlalu besar, terlalu kecil, etc

Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang 3 dimensional subject dan lebih peka pada keadaan sekeliling. Fahmi contohnya, buat pelbagai area untuk hotelnya – ada gymnasium, restaurant dan semestinya kolam renang!!! Berkarya dengan bahan2 terbuang ni juga melatih minda berfikir ”out of the box”. So lepas ni.. kalau nak buang kotak2 tu.. fikirlah dulu, kot2 boleh guna untuk aktiviti craft anak2.

Papier Mache – Mangkuk Kertas

I’m looking forward to share some projects that we’ll work in the studio soon. Just for fun, I realize tak banyak blog yg nak share art & craft project untuk kanak2 esp in malay.

As a start, I would like to share my love for papier mache. Tak berapa pasti pula apa namanya in malay. Biasanya orang buat papier mache guna suratkhabar or majalah, gunting dan lekatkan pada bentuk yg nak dibuat.

Untuk project mangkuk kecil ni, saya guna teknik yang my mum used to show me. (Sorry tak sempat nak ambik gambar process by process, tak de photographer.. ) Instead of gunting suratkhabar dan tampal pada mould yang dibuat, my mum ajar tumbuk suratkhabar tu sampai lumat dan tampal –  zaman tu guna kanji yg dimasak sendiri sebagai gam.

In the name of technology, I simply blender suratkhabar tu and tapis, then start the molding process. Believe me you save like 50% of the time by doing this… tapi permukaan bowl tu taklah licin macam kalau kita buat process menampal..

For molding process, ada banyak tips I gather from other blog. Ada yg guna belon yg dah ditiup, lepas tu bila siap, just pecahkan belon to get the bowl. Ada yg sapu petroleum jelly sebelum process menampal, so senang sikit nak bukak nanti.

Lepas process menampal siap, jemurkan dibawah matahari – it might takes days, bergantung pada cuaca. Bila dah kering, umpil mould tadi, kalau perlu buat sedikit keratan dan tampal lapisan kertas terakhir untuk tutup kesan keratan.

Untuk mewarna, menghias mangkuk papier mache ni, saya suka guna gesso untuk buat satu lapisan nipis, sebelum mewarna. Lepas apply gesso, bolehlah warna ikut suka – disini saya guna acrylic. Kalau nak cantik and tahan lama apply varnish sebagai langkah terakhir.

Dah siap! Easy but takes time.. makin hari the bowl makin keras so boleh guna untuk isi barang2 kering.