Ramadhan & Aidilfitri Arts

Assalamualaikum…

Semuga semua pembaca yang sudi singgah berada dalam barakah dan rahmat Allah!

Sempena Ramadhan Al-Mubarak, kami pun ambil kesempatan ni untuk buat arts bermotifkan Islamic… antara project yang sempat di buat ialah motif khat ALLAH – sambil buat boleh berbincang tentang kekuasaan Allah, belajar Jawi, Ramadhan etc.. Alhamdulillah.. budak2 ni dah kenal huruf dan tau nak mengeja Allah dalam jawi.

Projek ni tak susah, kami gunakan kertas kotak yang dipotong ikut huruf khat (parent kene tolong potong), lepas tu lekat atas kertas keras. Lekatkan selapis kertas tissue supaya dapat permukaan yang sewarna dan sebagai effect. Kemudian warnakan dengan acrylic dan varnish ikut kreativiti masing masing.  Mudah je kan?

1-Khat

Satu lagi art yang kami buat ialah kolaj/lukisan masjid… sempat juga berkongsi cerita tentang pengalaman berterawih ikut parent masing- masing… penat kata mereka tapi bab paling seronok time moreh ler… 😉

Masjid