E-BOOK PANDUAN MEMULAKAN KELAS ART & CRAFT KANAK-KANAK

E-BOOK PANDUAN MEMULAKAN KELAS ART &CRAFT KANAK-KANAK

Alhamdulillah, masih ada yang bertanya tentang tarikh terdekat untuk “Bengkel Memulakan Kelas Art & Craft Kanak-Kanak”. Jujurnya, saya rasa tak dapat nak memenuhi permintaan mengadakan bengkel ini pada masa terdekat kerana November pun dah hampir sangat. Cuti Sekolah biasanya jadual memang full dengan aktiviti workshop untuk anak-anak.

Untuk tidak menghampakan mereka yang berminat, saya sudah pun menyiapkan E-BOOK PANDUAN MEMULAKAN KELAS ART & CRAFT KANAK-KANAK, khas untuk mereka yang berminat tetapi sukar meluangkan masa untuk menghadiri bengkel.

ANTARA kandungan dalam E-BOOK ini ialah:

1. Perancangan produk – bagaimana merancang produk, harga, Unique Selling Points (USP) etc

2. Merancang dan menyusun atur  ruang studio/kelas

3. Perancangan pemasaran

4. Perancangan stok

5. Menyelia kelas, jadual, pelanggan dan sebagainya

6. Menyediakan manual pembelajaran dan projek-projek (lesson plan)

SIAPAKAH yang patut memiliki E-BOOK ini?

1. Sukakan kanak-kanak. Sabar dan boleh berinteraksi baik dengan kanak-kanak

2. Mempunyai hobi dan minat mendalam terhadap art & craft

3. Optimistic, encouraging, comforting

4. Boleh mengajar

5. Mencari business part time yang flexible

TAWARAN PENGENALAN BERMULA DARI RM150 SAHAJA (Terhad sehingga December 2015)

PAKEJ 1 (RM150)

+ E-Book PANDUAN MEMBUKA KELAS ART & CRAFT KANAK-KANAK

PAKEJ 2 (RM350)

+ E-Book PANDUAN MEMBUKA KELAS ART & CRAFT KANAK-KANAK
+ E-Book Bonus 20 TEKNIK ART & CRAFT
+ 4 jam Online ONE-TO-ONE Coaching (bernilai RM320)

ADA LAGI….. Sempena pelancaran E-BOOK ini, RM30 diskaun akan diberikan kepada 20 pembeli pertama sahaja!!!

Untuk membuat tempahan, sila klik pada link di bawah:

BORANG TEMPAHAN E-BOOK PANDUAN MEMULAKAN KELAS ART & CRAFT KANAK-KANAK

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi kami di artventurekids@gmail.com atau whatsapp kami di 019-3371514

 

 

ART-VENTURE KIDS’ STUDIO DI HARI PENGGUNA MALAYSIA 2015

Thank you to KPDNKK kerana sudi menjemput Art-Venture Kids’ Studio untuk sam-sama memeriahkan Hari Pengguna 2015 di Dataran Merdeka hujung minggu yang lepas.

Kali ini kami share recycle craft yang mudah dibuat. Hanya gunakan botol terpakai, kertas tisu berwarna warni (kertas lutsinar bukan tisu biasa), dawai, lin dan gam. Botol lilin yg dihias dengan kertas tisu ni sesuai dijadikan hiasan taman!

12189158_10153556547962870_1723291301580415496_n

 

12063809_10153556548027870_4660574538383295995_n

 

 

11026195_10153556548412870_4103486849449679576_n

11220483_10153556548187870_47224134771780638_n

12074651_10153556548217870_5040859916583636530_n

 

12187799_10153556548122870_6067588902076465344_n

 

12106783_10153556548057870_7416938510754911894_n

 

12049474_10153556548532870_1163513504813552611_n

12049310_10153556548287870_8331003149391086203_n

12046915_10153556548352870_1795920641528112766_n

6 ART & CRAFT MUDAH UNTUK KANAK_KANAK 4 TAHUN KE BAWAH

6 aktiviti art & CRAFT mudah untuk bayi

Ramai yang bertanya tentang apakah art & craft yang sesuai dengan kanak-kanak bawah umur 4 tahun?

Umur begini memang tak banyak teknik art & craft yang boleh digunakan tetapi, kalau kita pandai mix & match, Insyaallah, anak-anak akan sentiasa teruja dengan setiap projek yang dilakukan!

Saya kongsikan antara yang pernah kami buat di studio.

  1. Alphabet & Numbers Art
  2. Potato Printing
  3. My Book 
  4. Hand Print
  5. Worm in Your Apple
  6. Cotton Sheep

 

 

 

 

Kad Katak 2D Yang Comel

Jom cuba buat kraf katak yang kiut ni. Kombinasi teknik kolaj, watercollor & oil pastel.

Untuk anak-anak kecil, parents boleh tolong gunting dan biarkan mereka menampal dan mewarna. Selain katak, kami pernah buat teknik yang sama untuk haiwan-haiwan lain seperti ayam dan ikan.

Cubalah!

CYMERA_20151010_135612

Comel tak saya!!! Tengoklah aksi saya yang hebat menangkap serangga!

CYMERA_20151010_134822

Lipat 2 kertas warna dan lukis separuh bahagian katak dan mulutnya seperti di atas. Lukis mata di kertas yang lain. Potong mengikut lakaran. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134537

Pada bahagian mulut yang dipotong, lipat seperti dalam gambar. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134936

Tolak bahagian yang dilipat ke depan. (Gambar dari belakang)

CYMERA_20151010_135105

Beginilah rupanya dilihat dari sisi hadapan.

CYMERA_20151010_135222

Tampal mata katak seperti di atas.

CYMERA_20151010_135355

Tampal katak ke atas kertas lukisan yang siap di warnakan. Jangan lupa hias dulu kad dengan gambar daun dan lain-lain elemen menarik.

CYMERA_20151010_135512

Ini contoh kad yang dah siap. Gambar daun dilukis sebelum menampal katak. lebah, katak dan bunga guna teknik kolaj. Jangan lupa tampalkan lidah dalam mulut katak dan biarkan ia terjulur keluar sedikit.

CYMERA_20151010_135808

Yang ni pula muka hadapan kad katak. Ikut suka nak hias macammana.

SILAP BUAT!!!! MACAMMANA NI MAMA…

Anak-anak selalunya cepat demotivated bila buat silapkan? Silap dalam kehidupan pun boleh diperbaiki, inikan pula kalau buat art & craft..

Bila anak-anak Art-Venture Kids’ Studio sedih sebab silap melukis, mewarna atau silap buat satu-satu steps, kami suka bagitau anak-anak ni.. Jom kita buat MAGIC!!!

Jangan cepat marah atau buang bila anak-anak buat silap dalam art & craft. Kesilapan yang dibuat ada masanya boleh menjadikan mereka lebih kreatif dengan mencari jalan memperbaiki artwork tersebut.

Kalau tak boleh padam, cuba lain-lain cara seperti,

– potong dan buang bahagian yang salah

– buat lapisan cat yang baru atau guna marker

– tampal baru

– inovasikan kesilapan dan buat idea baru dari situ

Dengan cara ni, anak-anak pun belajar supaya tak cepat patah semangat dan faham yang setiap kesilapan tu masih ada ruang untuk diperbetulkan..

mistakes

8 ROBOT KRAF YANG COOOOL

CYMERA_20151002_120606Lama tak cuba robot kraf dengan anak-anak. Semalam kami buat robot kraf ni bersama. Dari petang sampai ke malam anak-anak masih tak jemu bermain dengan robot mereka. Macam-macam version yang mereka buat! Penat melayan kerenah tapi puas hati dapat mengembirakan mereka!!

Untuk kali ini kami pilih projek recycle robot dengan menggunakan kotak terpakai, penutup botol, plastik, kertas warna dan apa saja yang ada di rumah. Oh ya.. anda juga boleh gunakan mainan anak-anak yang dah bercerai berai tu, dan gunakan ia sebagai hiasan pada robot.

Projek ni kena buat bersama dengan orang dewasa sebab ia menggunakan banyak material 3D yang harus dilekatkan menggunakan glue gun. Kalau tak nak guna glue gun, bolehlah menghias mengunakan kertas, foam, felt, button dan lain-lain material yang mudah lekat.

Banyak lagi yang kami buat.. seronok sangat bermain, Ikhwan & Irsyad cuba pulak robot kraf yang lain…

Robot masih tidooo

CYMERA_20151002_092301

Okey.. power on!

CYMERA_20151002_093546

Robot Mask

CYMERA_20151002_100151

Guna pakai barang mainan terbuang!

CYMERA_20151002_100328

Lukis dan tampal untuk skrin robot

CYMERA_20151002_095835

Robot ni ada bilik rahsia dalam badannya!

Banyak lagi robot kraf yang boleh anda cuba. Dibawah ni antara favorite  kami! Boleh klik pada projek untuk ke link asal. Have Fun!!!!

1

1. TOPENG ROBOT ni mesti anak-anak suka!! Buat lubang pada paper bag untuk bahagian muka dan bahu. Kemudian, lekatkan aluminium foil ke atas topeng dan hiaskan. Tapi ingat, hanya material yang ringan je ya, sebab topeng ni dibuat dari paper bag. Kalau gunakan material yang berat, dikhuatiri koyak pula topeng tu nanti.

2. Idea ROBOT PHOTOBOOTH ni menarik juga tau!. Sesuai untuk parti harijadi bertemakan robot. Hanya perlukan kertas kotak yang besar dan tinggi (saiz kanak-kanak) dan dibentuk seperti robot. Tebuk ruang untuk muka supaya anak-anak boleh bergambar. Apalagi.. bergambar sakan anak-anak nanti!

3. ROBOT COSTUME ni nampak gah bukan? Percaya tak, ia hanya memerlukan 2 kotak yang besar untuk memuatkan badan dan kepala! Ukur dulu sebelum buat tau…

4. Di meja makan pun boleh buat craft kan. Marshmallow dimakan begitu sahaja memang cepat habis. Jom buat ROBOT MARSHMALLOW dengan menggunakan gula-gula jelly, biskut, sprinkle dan lain-lain hiasan yang mudah didapati di kedai-kedai membuat kek. Comel juga kalau dibuat untuk majlis harijadi anak-anak!

5. ROBOT PUPPET ni comel aje, sebab kaki dan tangannya boleh digerak-gerakkan. Rahsianya, ialah menggunakan “split pin” yang boleh didapati di kedai alat tulis.

6. 3D ROBOT gunakan kaedah balutan. Kotak-kotak terpakai di balut dengan kertas warna dan dihias. Saya suka konsep tangan spring tu. Comel!

7. WOW!!! Uniknya bila si comel pakai ROBOT VEST ni kan? Kalau mereka yang reka sendiri, tambah berbunga hati mereka menggayakannya.. Mudah je nak membuatnya. Cuma perlukan paper bag yang besar dan beberapa alatan melukis seperti marker pen, crayon dan apa saja material yang anda rasa sesuai untuk dijadikan elemen pada robot vest anda. Susun ikut kreativiti dan imej yang disukai.

8. Pelbagai barangan terpakai di sekitar rumah boleh digunakan untuk membuat ROBOT DARI BAHAN TERBUANG ni. Projek sebegini perlukan pertolongan orang dewasa kerana penggunaan pisau, glue gun dan lain-lain material yang agak sukar untuk kanak-kanak mengendalikannya sendirian.