8 ROBOT KRAF YANG COOOOL

CYMERA_20151002_120606Lama tak cuba robot kraf dengan anak-anak. Semalam kami buat robot kraf ni bersama. Dari petang sampai ke malam anak-anak masih tak jemu bermain dengan robot mereka. Macam-macam version yang mereka buat! Penat melayan kerenah tapi puas hati dapat mengembirakan mereka!!

Untuk kali ini kami pilih projek recycle robot dengan menggunakan kotak terpakai, penutup botol, plastik, kertas warna dan apa saja yang ada di rumah. Oh ya.. anda juga boleh gunakan mainan anak-anak yang dah bercerai berai tu, dan gunakan ia sebagai hiasan pada robot.

Projek ni kena buat bersama dengan orang dewasa sebab ia menggunakan banyak material 3D yang harus dilekatkan menggunakan glue gun. Kalau tak nak guna glue gun, bolehlah menghias mengunakan kertas, foam, felt, button dan lain-lain material yang mudah lekat.

Banyak lagi yang kami buat.. seronok sangat bermain, Ikhwan & Irsyad cuba pulak robot kraf yang lain…

Robot masih tidooo

CYMERA_20151002_092301

Okey.. power on!

CYMERA_20151002_093546

Robot Mask

CYMERA_20151002_100151

Guna pakai barang mainan terbuang!

CYMERA_20151002_100328

Lukis dan tampal untuk skrin robot

CYMERA_20151002_095835

Robot ni ada bilik rahsia dalam badannya!

Banyak lagi robot kraf yang boleh anda cuba. Dibawah ni antara favorite  kami! Boleh klik pada projek untuk ke link asal. Have Fun!!!!

1

1. TOPENG ROBOT ni mesti anak-anak suka!! Buat lubang pada paper bag untuk bahagian muka dan bahu. Kemudian, lekatkan aluminium foil ke atas topeng dan hiaskan. Tapi ingat, hanya material yang ringan je ya, sebab topeng ni dibuat dari paper bag. Kalau gunakan material yang berat, dikhuatiri koyak pula topeng tu nanti.

2. Idea ROBOT PHOTOBOOTH ni menarik juga tau!. Sesuai untuk parti harijadi bertemakan robot. Hanya perlukan kertas kotak yang besar dan tinggi (saiz kanak-kanak) dan dibentuk seperti robot. Tebuk ruang untuk muka supaya anak-anak boleh bergambar. Apalagi.. bergambar sakan anak-anak nanti!

3. ROBOT COSTUME ni nampak gah bukan? Percaya tak, ia hanya memerlukan 2 kotak yang besar untuk memuatkan badan dan kepala! Ukur dulu sebelum buat tau…

4. Di meja makan pun boleh buat craft kan. Marshmallow dimakan begitu sahaja memang cepat habis. Jom buat ROBOT MARSHMALLOW dengan menggunakan gula-gula jelly, biskut, sprinkle dan lain-lain hiasan yang mudah didapati di kedai-kedai membuat kek. Comel juga kalau dibuat untuk majlis harijadi anak-anak!

5. ROBOT PUPPET ni comel aje, sebab kaki dan tangannya boleh digerak-gerakkan. Rahsianya, ialah menggunakan “split pin” yang boleh didapati di kedai alat tulis.

6. 3D ROBOT gunakan kaedah balutan. Kotak-kotak terpakai di balut dengan kertas warna dan dihias. Saya suka konsep tangan spring tu. Comel!

7. WOW!!! Uniknya bila si comel pakai ROBOT VEST ni kan? Kalau mereka yang reka sendiri, tambah berbunga hati mereka menggayakannya.. Mudah je nak membuatnya. Cuma perlukan paper bag yang besar dan beberapa alatan melukis seperti marker pen, crayon dan apa saja material yang anda rasa sesuai untuk dijadikan elemen pada robot vest anda. Susun ikut kreativiti dan imej yang disukai.

8. Pelbagai barangan terpakai di sekitar rumah boleh digunakan untuk membuat ROBOT DARI BAHAN TERBUANG ni. Projek sebegini perlukan pertolongan orang dewasa kerana penggunaan pisau, glue gun dan lain-lain material yang agak sukar untuk kanak-kanak mengendalikannya sendirian.