OLYMPIC CRAFTS

Okay… memang tajuknya nampak macam salah je…. We’ve done this project for father’s day actually – it’s a father’s day trophy. Biasalah, saya lambat nak update.. hehehe.

Anyway, since kat sekolah sekarang busy with hari sukan, plus Olympic pun nak start, perhaps you could use this idea for those themes instead;-)

Cuma perlukan 2 biji cawan plastic, kertas or asbestos, foam board, acrylic, cardboard. Lekatkan  2 bahagian bawah cawan, membentuk trophy dan cat mengikut warna kegemaran. Lukis tangkai trophy di atas cardboard, potong dan warnakan. Buat lubang di kiri kanan trophy dan selitkan tangkai trophy – gam untuk lebih kukuh. Lekatkan bahagian bawah trophy ke atas foam board berbentuk segiempat sama. Lepas tu boleh lah hiaskan menggunakan pelbagai cara – nak tampal bling2 ke, lukis etc.

Have fun!!!

Image

Image

Alphabet & Numbers Arts

Masuk new year ni saya berazam nak update blog lebih kerap.. tapi awal2 lagi dah cukup busy dengan pembukaan branch Art-Venture Kids’ Studio di Kota Damansara, PJ Selangor. Tup tup dah masuk 20hb.. hape lagi.. hari ni ingat nak share seberapa banyak projects yang kami cuba di Art-Venture Kids’ Studio..

Awal2 persekolahan ni rasanya elok juga buat alphabet art especially untuk pre-school yang baru masuk tadika tu… tulah yang menariknya art & craft ni, boleh masukkan pelbagai element acadamic, social, religion etc secara halus so budak2 tak lah rasa macam kena duduk dalam kelas di sekolah lagi…

Macam2 style boleh cuba – kami buat dalam beberapa session. Paling mudah guna crayon – ajak mereka tulis huruf atau nombor pada kertas. Terpulanglah nak buat flash card atau printing atas sehelai kertas je. Lepas tu guna watercolor atau tempura untuk paint atas crayon yg ditulis  tadi.

Ada pulak yang terbalik... biasalah tu budak2..

Flashcard 1,2,3...

Satu lagi cara ialah menggunakan teknik collage. Sekarang dah ada macam2 alphabet & numbers jual kat kedai – stickers, foam, felt etc. Kami guna alphabet & number yang dibuat dari foam. Tampal je kat kertas. Boleh combine dengan projek lain. Contohnya, di Art-Venture Kids’ Studio, kami buat latar belakang gunakan hand print dulu. Baru nampak menarik, tertarik.. Kat studio, ada hasil seni yang lama2 tu saya guna jadikan background untuk budak2 tampal huruf2 tu..

Marini, 5 years

Emran, 5 years

Berlatar-belakangkan hand print

Berlatar-belakangkan straw blowing art

Antara projek lain, kami buat buku 1,2,3 menggunakan foam, felt, drawing etc.. senang je, tampal number kt satu page dan buat beberapa shape (guna paper, felt, wiggley eyes etc) dan lekat ikut jumlah kat page sebelahnya..  secara tak langsung boleh juga belajar tentang shape!

Emran bangga dengan self-made booknye.. heheh

First page - no 1 & square shape

Happy Merdeka Day Malaysia!!!

I know.. I know.. it a bit late for a merdeka wish but, hey.. we still have 16 Sept to celebrate kan? Hehe..

And that didn’t mean Artventure Kid’s Studio pun lepak jer.. a week before merdeka we had this simple puzzle to commemorate the Merdeka day. Using foam, we just cut 14  red and white lines,  a blue rectangle and a yellow crescent and star.

Show the kids a Malaysian flag for a sample and let them figure out how to assemble the puzzle – put on a patriotic song while doing this, it would add more fun;-)

Happy Merdeka Day Malaysia!

 

Submarine – undersea view

Oleh sebab anak anak dalam lingkungan umur pre-school ni masih tak berapa pandai melukis, aktiviti yang mudah ialah tampal & lekat. Kalau asyik guna kertas boring juga bebudak ni kan. Jadi apa kata kali ni kita guna lain-lain medium seperti plastic plate & foam.

Tittle kali ni macam menarik je kan.. hmm.. projek ni memang best tau!! Kami cuba dengan anak2 berumur 4 tahun, jadi prosess menggunting kenalah cikgu yang buat. Kalau cuba dengan anak2 lebih dewasa boleh suruh mereka lukis dan gunting sendiri.

Bahan-bahan untuk undersea view atau aquarium ni tak banyak – 2 plastic plate, foam pelbagai warna, gam, gunting dan acrylic paint .

Mula-mula catkan base plastic plate pertama dengan warna biru – ini untuk gambar laut. Untuk plastic plate kedua, potong bahagian tengahnya untuk membuat tingkap. Telangkupkan plastic plate tu dan cat dengan warna kegemaran – sebagai bingkai tingkap.

Sementara tunggu cat kering,  lukis beberapa gambar hidupan laut dalam seperti ikan, tapak sulaiman, ketam, rumpai laut, batu-batuan  di atas foam mengikut warna yang sesuai. Ingat, lukis kecik2 je sebab window yang kita nak buat ni bukan besar sangat. Lepas tu, gunting semua yang dah dilukis untuk di tampal atas plastic plate pertama yang dah dicat biru tadi.

Susun semua hidupan laut ikut daya imaginasi masing-masing. Siap menampal foam2 tersebut, tampal pula plastic plate kedua ke atas plastic plate pertama…

Dah siap pun.. nampak macam tingkap kapal selam dan pemandangan dari dalam kapal selam kan??

Hadif, 4 – Yang paling skima…
Marini, 4 – paling garang…
Dania, 4 – paling sweet..
Umaira, 4 – Paling manja..
The Art-venture Kids Juniors…

p/s: Bila buat craft ni jangan lupa bercerita tentang hidupan laut.. pengalaman mandi laut etc.. barulah tak terasa penatnya..