KURSUS ASAS MEMULAKAN KELAS SENI & KRAF UNTUK KANAK-KANAK

 

kursus asas memulakan kelas seni & kraf (2)

Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. bertemu juga dengan 2015!!! Dengan izin Allah, suka saya nak buka tirai 2015 ni dengan kursus untuk mereka yang berminat nak buka art & craft class kanak2 secara sambilan…

Dah lama tertunda projek ni, tapi hati saya meruntun nak kongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit ni.. sebab tak sanggup lagi angkat call yg bertanyakan Art-Venture Kid’s Studio di lokasi2 selain dari Alor Setar.. huhuhu…

Jadi, saya menjemput para pembaca yang berminat dan berhajat nak cuba buat sesuatu yang anda suka dan pada masa yang sama boleh juga tampung belanja dapur, raya, anak sekolah… Jom sertai kursus yang julung2 kali saya adakan ni!! Sedia untuk dibimbing sebab proses pembelajaran ini Insyaallah tidak akan berhenti selepas habis kursus sahaja, tapi akan berterusan hingga kelas pertama anda bermula..

KURSUS MEMULAKAN KELAS SENI & KRAF UNTUK KANAK2 SECARA SAMBILAN

Tarikh : Sabtu 7hb Feb 2015

Masa : 9.00pagi – 6.00petang

Tempat: KL (akan diberitahu)

Yuran: RM380 seorang

 Siapa yang perlu hadir?

  1. Mereka yang suka & sabar melayan keletah anak2, meminati seni dan kraf, mahu mencari pendapatan tambahan melalui hobi seni & kraf
  2. Mereka yang mencari peluang perniagaan sambilan yang fleksible, modal yang kecil, mudah diselenggara dan berisiko rendah
  3. Pemilik tadika/taska/pusat tuisyen/pusat perkembangan kanak2 yang mencari “value –added” program untuk pusat perniagaan anda

Apa yang anda akan pelajari:

  1. Product planning – product packaging, pricing, etc
  2. Planning & organizing the studio/art room
  3. Marketing plans
  4. Stocks supplies
  5. Administration & Classroom management
  6. Basic idea on how to develop lesson plan

Berminat? Sila whatsapp ke Pn Haniza di talian 019-3371514 untuk pendaftaran. Cepat bertindak kerana peluang ini sangat terhad.. 

Just another paper plate day…

Banyak projek boleh buat dengan paper plate nih.. anything possible.. this is the most popular I guess.. buat mask using paper plate;-)

1-mask

Business Course Available

Dear Readers,

We are planning to conduct a business course for those interested to get started with part time art & craft classes for kids. It will be held here in our own studio so it can be a hands on learning experience for you!! See the arrangement, supplies, storage and makes some arts & crafts yourself 🙂

This course suits those who want to start a part time business with small investment, kindergarten owners who want to add value to your center or even stay home moms who wants to start a playgroup or homeschooling their kids. But above all, you must have passions in kids & teaching, love arts & crafts and optimistic.

Hurry up, place is limited to 10 persons only. For registration and further info, send in your name, contact no and city to:

1. artventurekids@gmail.com   or

2. sms /wa 019-3371514 (Pn. Haniza)

Business Course Dec 2013

 

Sekitar Bengkel Kraf Kreatif di Perpustakaan Awam Selangor

Ketika cuti sekolah bulan March yang lalu, kami telah menganjurkan Bengkel Kraf Kreatif Bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam.  Bengkel bertempat di Perpustakaan Awam Selangor. Kepada ibubapa yang tak tahu nak bawa anak ke mana cuti sekolah ni, bolehlah berkunjung ke Perpustakaan Awam Selangor.. Memang first class!! dan yang penting.. cost effective, dapat pula memupuk minat anak2 membaca..

Kami sertakan gambar2 sekitar bengkel selama 2 hari… Alhamdulillah semua berjalan lancar… Terima kasih kepada Team Majlis Bandaraya Shah Alam yang banyak membantu ;-). Banyak pengisian di bengkel tersebut. Sessi kraf di selang seli dengan acara senaman, tayangan kartun dan solat sebelum pulang ke rumah…

Kepada mereka yang berminat mengadakan bengkel seni dan kraf, bersama Art-Venture Kids’ Studio, bolehlah hubungi kami di talian 019-3371514 atau email ke artventurekids@gmail.com.

1-ShahAlam Lib wkshop

2-ShahAlam Lib wkshop1

1-ShahAlam Lib wkshop2

Paper Lantern – Chinese New Year Crafts

CNY is just around the corner!!

Terima kasih kepada Volkswagen Alor Setar yang menjemput AVKS untuk adakan crafts event sempena CNY Open House di branch mereka. That day, kami buat paper lantern with embelishment untuk CNY.

Ingat tahun ular ada snake dance.. hehehhe.. Dah lama tak tengok lion dance as close as this.. masa kecil dulu, selalu tengok dekat2, sebab jiran2 ramai chinese. After 12am, sanggup tak tido tunggu they all bakar mercun, esok pagi dapat angpow & limau!!

Malaysia truly Asia;-)

1-CNY Volksagen

Owl Collage

Last holiday, sebelum balik ke JB, kami sempat singgah ke Taman Burung di KL.. lama tak ke sini.. it’s a good place to nurture the love for nature.. yg happy anak2 kecik.. hehehe… yg dah besar tu jadi camera man je lah!  One way to bakar lemak  juga sebab jauh gak berjalan, plus on the way out kena naik bukit sket… penatnye!!!

Salah satu burung yg selalu jadi inspirasi in art & craft  ialah burung hantu.. sempat snap gambar burung2 hantu ni.. waktu siang tidur jelakan kerjanya.. comelkan!!!

20-DSC01495

These are some of the owl collages we did in our workshop and classes. Age varies from 4 yrs to 10yrs old. We use different type of material, some cases guna magazine paper, ada yg guna foam and felt, ada juga teknik jahitan felt untuk mereka yg lebih dewasa..

This slideshow requires JavaScript.

Catching Up!!!

It takes a while to fuel back up after a long holiday!!! Almost a month in 2013 and I’ve so much to catch up!!

The holiday workshop was sooo much fun.. hingga ada penambahan kelas dibuat, susah nak menolak permintaan anak2 ni.. tambah2 pengalaman seperti ini jarang boleh dibuat di rumah, sebab materialnya susah nak dapat & agak mahal juga..

Thank you for those who join us last year, teruskan berkarya!!!!

1-december wkshop

 

NOV & DEC 2012 SCHOOL HOLIDAY PROGRAMS

Hi all!!

Here’s our Nov-Dec 2012 school holiday programs for your kids!

Many times, during the classes some of the kids mistakenly call me mama, ibu, mummy.. So I guess this time, I include some sessions where mommies can learn some simple arts & tips to make your kids busy at home!!

And yup!! with moms getting messy together??? They’ll think that you are THE COOLEST MOM IN THE WORLD;-)

Oh ya… light refreshment juga disediakan..

Semua material disediakan, so just come, learn & have fun!!

 


Teddy bear drawing

I seldom update about drawing activities, coz I have to admit, most of the kids enjoy craft more than drawing.. lagi pun the coloring part agak memenatkan, kadang2 satu jam tak cukup untuk mereka menyiapkan drawing dengan baik, esp the finishing part.. so to motivate them , we always try new ideas.. jadi class taklah super boring dan memenatkan and this is just another attempt. I think it works!!

For drawing session, we brought some real teddy bears for them to draw. As long as ada benda yg digelar “TOYS” tentulah mata mereka  terbuka.. so that day.. senang jer nak mintak mereka melukis dan mewarna;-) FUN!!

OLYMPIC CRAFTS

Okay… memang tajuknya nampak macam salah je…. We’ve done this project for father’s day actually – it’s a father’s day trophy. Biasalah, saya lambat nak update.. hehehe.

Anyway, since kat sekolah sekarang busy with hari sukan, plus Olympic pun nak start, perhaps you could use this idea for those themes instead;-)

Cuma perlukan 2 biji cawan plastic, kertas or asbestos, foam board, acrylic, cardboard. Lekatkan  2 bahagian bawah cawan, membentuk trophy dan cat mengikut warna kegemaran. Lukis tangkai trophy di atas cardboard, potong dan warnakan. Buat lubang di kiri kanan trophy dan selitkan tangkai trophy – gam untuk lebih kukuh. Lekatkan bahagian bawah trophy ke atas foam board berbentuk segiempat sama. Lepas tu boleh lah hiaskan menggunakan pelbagai cara – nak tampal bling2 ke, lukis etc.

Have fun!!!

Image

Image

Aliens Drawing

Tema Alien ni memang agak jauh dari orang kita… Cuma bila ada kartun Boboboi baru la anak2 ni boleh relate sikit.. Itupun kami minta mereka lukis something different than the Adudu.. puas juga cuba mengorek idea baru..

Menjana creativity kanak2 ni memang memerlukan latihan. Ramai menyangka creativity tu bakat. Sebenarnya idea2 baru tercipta bila kanak2 diberi banyak pendedahan, contohnya melalui pembacaan, tv, travelling, pengalaman, etc.

These were some of their first attempts on alien – with limited time. Keep it up kids… practice make perfect!

Jellyfish from plastic bag & bowl

Kat negara kita ni rasanya penggunaan plastic bowl ni sangat popular.. Kt rumah pun melambak2 plastic bowl tu.. nak buang sayang.. so I got this idea based on internet search. Kebanyakan project jellyfish ni guna mangkuk kertas, di sini, kita diversify sikit;-)

Just need mangkuk plastic, tali, plastic bag merah atau putih, pewarna makanan, gam, market pen atau wiggly eyes, pisau untuk menebuk lubang.

Mula2, adunkan gam dan pewarna makanan (saya guna warna pink) – resepi murah untuk mewarna glass atau plasticware. Lepastu, mula warnakan mangkuk plastic dibahagian luarnya je. Sementara tunggu kering, potong plastic bag jadi ekor jellyfish.  Bila mangkuk dah kering, gamkan ekor jellyfish disekeliling mangkuk plastic tadi. Tebuk lubang kat atas mangkuk untuk dimasukkan tali (orang dewasa yg buat ye…). Lepas tu, lukislah muka jellyfish tadi dengan marker pen.

Dah siap, bleh gantung tepi tingkap, atau buat banyak2 untuk jadikan jellyfish mobile!! Boleh guna mangkuk plastic yg kecik untuk anak2 jellyfish;-)

Marshmallow Structure

Semenjak dah ada wayang 3D nih, anak2 pre-school pun dah tau apa itu 3D. Bezanya 3D dalam artventure kids’ studio ni, tak payah ler pakai cermin mata 3D.. heheheh..

Marshmallow construction memang salah satu craft yg quite popular, sebab tersangatlah mudah nak dapatkan barang2nya. Hanya perlu marshmallow yg kecik2 dan lidi pencungkil gigi. (Penting – make sure beli marshmallow yang ada tanda HALAL ya!!).

Tapi, marshmallow kat sini boleh tahan gak mahal.. dah ler tu, semut banyak… so kekadang kami guna Plasticine, cuma plasticine ni berat so tak boleh guna banyak sangat. Other than that, di rumah saya pernah guna roti yang lebih2 tu…. ok juga… daripada buang macam tu je;-)

Anaklah ayam….

Lama dah kami buat projek ni.. lupa dah sourcenya..

Memang kiutkan? Nampak mudah, tapi susah juga nak buat especially nak membalancekan kaki anak ayam nih.. hehehhe, so this craft lebih sesuai untuk 7 years and above, provided bab lekatkan kaki tu teachers/parentslah kena tolong..

Cuma perlukan cawan plastic atau kertas, kertas kotak, 2 batang straw minuman, acrylic, pva glue dan clear tape.

Mulakan dengan mengecat cawan menggunakan warna acrylic kuning. Sementara ia kering, buat bentuk kaki, paruh, mata, sayap, jambul dan tapak kaki anak ayam  – catkan samaada warna merah atau kuning, terpulanglah.. nak warna-warni pun tak pa..  ( teringat zaman kecik2 dulu arwah abah bawa balik anak2 ayam berwarna-warni… tak taula camna they all buat..)

Sementara tunggu bahagian badan kering, potong straw mengikut tinggi anak ayam yang dikehendaki dan catkan (jika perlu, buat 2 coat). Bila semua bahan dah kering, prosess mencantum bahagian badan pun bermula.. Gunakan pva glue untuk lekatkan mata. Untuk paruh, sayap dan jambul, kena guna clear tape. Part kaki ni yang susah sikit… Kena potong sikit hujung straw kepada 4 bahagian kecil dan lipatkan ke atas sikit (tengok gambar), lepas tu baru tapekan ke atas tapak kaki tadi.

Kalau nak betul2 stabil, boleh la gunakan glue gun… tapi kenalah orang dewasa yang buat ya! Last step, lekatkan straw tadi ke dalam bahagian dalam cawan, tapekan. Di sinilah kita kena perlu hati-hati – kena balance kedua2 kaki supaya anak ayam tu boleh berdiri..

Boleh variasikan lagi anak ayam ni.. kalau ada bulu ayam, bolehla ganti kertas kotak tu menjadi jambulnya. Kalau takde kertas kotak pun boleh guna kertas lukisan biasa jer, tapi untuk tapak kaki memang kena guna kertas yg tebal supaya stabil.

Selamat mencuba!!

Butterflies in the garden

I realized I rarely update on the drawing activities instead of craft. So here are some of the products using oil pastel, watercolor and pencil color as the medium. Untuk projek melukis taman ni, saya tambahkan rama-rama diperbuat dari kertas majalah, untuk menambah seri lukisan mereka…

Nak buat rama-rama ni senang je, gunting kertas majalah berwarna-warni menjadi bentuk segiempat sama. Buat 2 bahagian, yang besar sikit untuk kepak bahagian atas, kecik sikit untuk kepak bahagian bawah. Lipat dalam 1cm secara berlapis2 dari bucu ke bucu. Lepas tu lipat dua, jadi kepak kiri dan kanan. Step yang sama untuk kepak kecil. Lepas tu lekatkan kedua2 bahagian kepak. Kalau rajin carilah pipe cleaner, ikat di tengah untuk jadi sesungutnya.

T Shirt Painting & Stencil

Aktiviti T- shirt painting ni memerlukan kesabaran sebab paint yang digunakan agak pekat. Walaupun bentuk yang diwarnakan nampak mudah, tapi ambil masa dan kena lebih teliti sebab kena minimizekan kesalahan… jadi aktiviti ni di buat untuk mereka yang dah berpengalaman buat painting. Kalau di Art-Venture Kids’ Studio, kami buat dengan mereka yang berumur 9 tahun ke atas.

Just lukiskan bentuk yang nak diwarnakan di tengah2 t-shirt, bahagian bawah tu jangan lupa dialas dengan cardboard. Make sure permukaan t-shirt tu tegang dan rata. Kalau nak buat border, boleh gunakan tape supaya tak mewarna diluar kawasan.

Alyaa & Hazirah

Selain dari painting, stencil is another technique we tried in Art-Venture Kids’ Studio. Cuma perlu lukiskan gambar yang nak distencil tu guna kertas keras atau beli stencil yang dah siap je kat kedai. Make sure permukaan rata & tegang. Tapekan stencil supaya tak bergerak2. Lepas tu boleh guna sponge atau brush untuk ratakan warna diatas t-shirt. Processnya lebih kurang jer dengan painting, cuma lebih mudah sebab cat tak mudah terkeluar dari kawasan yang nak diwarnakan…

Amin & Ikhwan menggunakan teknik stencil

Bangga dengan t-shirt masing-masing..