Just another paper plate day…

Banyak projek boleh buat dengan paper plate nih.. anything possible.. this is the most popular I guess.. buat mask using paper plate;-)

1-mask

MIOOOWW

Salam to all readers…

I’m taking such a long break from writing,  due to health problem.. but the classes were as usual, thanks to teacher Athirah n Aini..

Less word for now… Here’s a simple project of cats drawing.. use the circle element to draw the body and eyes – For fun, make it bulgy by using leftover cardboard.

10-DSC03137

09-DSC03142

05-DSC03133

 

08-DSC03136

 

06-DSC03135

 

02-DSC03128

 

Hand Drawing with Toddler

Kelas untuk 3-6 tahun dah pun bermula March lepas.

Untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur begini memang perlu banyak perhatian dari orang dewasa. Walaupun projek nampak simple, challenge sebenarnya lebih kepada bagaimana nak take care dan berinteraksi dengan anak2 ni supaya mereka boleh tumpukan perhatian pada projek. Projek pun ambik masa sekejap je tapi sesi berceritanya yang lama…

Ini projek yang boleh dicuba dengan anak2 seawal 3 tahun. Kami buat hand print drawing, Since they all ni baru nak kenal pencil dan belum boleh melukis lagi, saya gunakan benda2 lain sebagai cara nak tarik minat they all.

Setakat ni, benda yang paling popular dengan anak2 ialah “wiggly eyes”. Memang they all cukup seronok bila tengok benda tu sampai semua tempat nk ditempel dengan wiggly eyes. So lepas buat hand drawing tu, kami tempekkan winggly eyes kat setiap jari. Lepas tu suruh anak2 buat garisan sebagai hidung dan mulut. Masa buat projek ni boleh la suruh mereka namakan jari2 yang dah dilekat dengan wiggly eyes tu, tanya siapa characternya – contoh family member ke, kawan2 ke, kira ade berapa jari etc.

Saya juga kira ini projek paling mudah untuk ajar dia orang konsep membuat garisan. Buat garisan tegak ke bawah sebagai hidung. Garisan melenkung kebawah bila sedih, garisan melengkung ke atas bila senyum. Garis putus- putus bawah mata, bila menangis. Lepas tu gunalah konsep garisan tu untuk dibuat rambut pulak.

Kat bawah ni gambar Umaira -4 tahun dengan projek hand drawingnya. Yang sebelah kiri tu yang dia lukis, yang sebelah kanan tu saya buat sebagai contoh. Dalam pelat2 dia sibuk bercerita pasal setiap character jari2 nya! mak ayah, abang, cousinnya pun masuk sekali.. hehehe

 

Self Portrait

Self portrait ni saya kira tajuk wajib untuk art class..

Yang seronoknya, kita boleh buat dalam pelbagai cara tak kiralah drawing ke, collage ke, with all sorts of coloring medium, water color, crayon, oil pastel etc..

Untuk class 2 minggu lepas kami cuba gabungan drawing dan collage untuk tapak tangan sebagai signature.. so mereka bukan saja melukis tapi juga menekap, melukis ikut acuan tangan masing-masing. Inilah antara hasilnya…

Multi-Hand Drawing

Melukis tangan boleh jadi satu aktiviti yang penuh dengan warna warni!

Mula-mula kenalkan anak2 dengan tanan kiri dan kanan, cerita perbezaan dan kegunaannya. Lepas tu suruhlah mereka letak tangan atas kertas dan mula melukis. Beri anak-anak kebebasan untuk tentukan design, nak yang overlapping atau tidak, yang penting setiap bahagian yang terhasil dari corak tangan tu diisi dengan warna. Kalau nak selitkan Math, bolehlah suruh anak2 kira berapa banyak jari ada dalam lukisan mereka.

Yang ni dibuat oleh kanak2 berusia 10 tahun menggunakan oil pastel dan pensil color. Yang bawah ni pula oleh kanak2 berusia 7 tahun menggunakan pensil color. Coloring nih agak memenatkan untuk kanak2. Ikut pengalaman saya dengan anak2, susah betul nak suruh mereka habiskan mewarna at the same time. Salah satu cara nak bagi they all finish up their work is by giving them tokenlah.. or else, buatlah sikit-sikit, asal siap kan..