artventure kids challenge with recycle corrugated paper

This is another project done when we have another 15 min left in the studio. Saya beri kanak2 ni strip of corrugated box paper yang direcycle dari kotak2 lama dan suruh mereka buat simple art using what ever they can grab around them.  It’s just something for them to relate with tv programs that they used to watch – Artzooka, Art Attack and Finger Tips, semua program tu mesti ada sessi art/craft challenge..

It’s another uniqueness of Art-Venture Kids’ Studio – we are flexible, we don’t just do it according to book, we always try to relate with what the kids love to watch, what they want to learn more coz sometime they see crafts on tv and want to try but they can’t do it at home, so if time permit, I’ll do my best to let them try it in our studio – even if it means extra usage of materials and my time but.. my motherly instinct just can’t let them go without trying!!. After all, it’s a FUN THING TO DO 😉 If the project takes time and additional material, we’ll put it in proposal list of next projects.

Alyaa came up with an idea dari Art-attack or Artzooka (can’t recall) – A long bunny frame to put up several photos . Hazirah decided to draw comic strip… “It’s a teenage love story” She said.. hehehhe too much of Disney teenage dramalah ni….

And the boys as usual, only thought of things yg boleh diguna untuk bermain.. Tali pinggang berkuasa Kabuto, or was it  Agito? some kind of Mask Rider..whatever…. and they just grabbed apa yg sempat untuk jadi accessories tambahan – pedang from kitchen tissue roll and mask yg pernah dibuat dulu..

Get Abstract with String

This is just another project I did back in my school time! Dah lebih 25 tahun but still fresh in my mind.. I wonder why kids nowaday no longer learn all these during their school time?? mungkin sekolah menengah agaknyee… but this one is sooo easy, so i tried with kids aged 9.

Abstract art yang simple2 macam ni biasanya kami buat selepas main project dah siap. That’s another uniqueness about Art-Venture Kids’ Studio – the one session is not necessarily means just one project. Bila ada masa terluang saya suka galakkan kanak2 ni create something simple out of things yang ada di sekeliling studio.

This time, we found some string, so sting art we did! Hanya ambil string  – masa saya kecik dulu, guna benang biasa, tapi kat studio cuma ada benang crochet. Lepas tu, rendamkan benag dalam watercolor, letak atas drawing paper yg dilipat dua, lepas tu tekan paper dan tarik string keluar… senang jer.. and believe me kids loveeee something yg ada surprise element – mereka teruja nak tengok bentuk yg terjadi hasil dari macam2 gaya tarikan ciptaan mereka!!!

LET’s GET ARTY!! @ DATARAN SUNWAY, KOTA DAMANSARA, PJ

Dear Readers…

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Art-Venture Kids’ Studio akan mula beroperasi di KL area!!

Terima kasih tak terhingga kerana ia juga mungkin berkat harapan pembaca2 yang berada di sekitar Lembah Kelang untuk sama2 memanfaatkan aktiviti art & craft untuk anak2 khasnya. Sebagai tanda terima kasih saya,  anda semua dijemput hadir bersama anak2 ke OPEN DAY kami pada 4hb Feb (Saturday) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, bertempat di 31-3, Jln PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara. (Menghadap jalan besar ke Giant Kota Damansara, sebaris dengan Kayu Nasi Kandar)

Pada yang sudi memanjangkan invitation ni kepada sanak sedara & rakan taulan, thanks in advance;-)

Kalau tak sempat nak menjenguk pada 4hb tu, boleh datang the next day – Ahad, 5hb either for registration, nak tengok studio atau untuk pertanyaan lanjut…

Anything, just ring us at no above.. kami menanti kedatangan anda!!!

Alphabet & Numbers Arts

Masuk new year ni saya berazam nak update blog lebih kerap.. tapi awal2 lagi dah cukup busy dengan pembukaan branch Art-Venture Kids’ Studio di Kota Damansara, PJ Selangor. Tup tup dah masuk 20hb.. hape lagi.. hari ni ingat nak share seberapa banyak projects yang kami cuba di Art-Venture Kids’ Studio..

Awal2 persekolahan ni rasanya elok juga buat alphabet art especially untuk pre-school yang baru masuk tadika tu… tulah yang menariknya art & craft ni, boleh masukkan pelbagai element acadamic, social, religion etc secara halus so budak2 tak lah rasa macam kena duduk dalam kelas di sekolah lagi…

Macam2 style boleh cuba – kami buat dalam beberapa session. Paling mudah guna crayon – ajak mereka tulis huruf atau nombor pada kertas. Terpulanglah nak buat flash card atau printing atas sehelai kertas je. Lepas tu guna watercolor atau tempura untuk paint atas crayon yg ditulis  tadi.

Ada pulak yang terbalik... biasalah tu budak2..

Flashcard 1,2,3...

Satu lagi cara ialah menggunakan teknik collage. Sekarang dah ada macam2 alphabet & numbers jual kat kedai – stickers, foam, felt etc. Kami guna alphabet & number yang dibuat dari foam. Tampal je kat kertas. Boleh combine dengan projek lain. Contohnya, di Art-Venture Kids’ Studio, kami buat latar belakang gunakan hand print dulu. Baru nampak menarik, tertarik.. Kat studio, ada hasil seni yang lama2 tu saya guna jadikan background untuk budak2 tampal huruf2 tu..

Marini, 5 years

Emran, 5 years

Berlatar-belakangkan hand print

Berlatar-belakangkan straw blowing art

Antara projek lain, kami buat buku 1,2,3 menggunakan foam, felt, drawing etc.. senang je, tampal number kt satu page dan buat beberapa shape (guna paper, felt, wiggley eyes etc) dan lekat ikut jumlah kat page sebelahnya..  secara tak langsung boleh juga belajar tentang shape!

Emran bangga dengan self-made booknye.. heheh

First page - no 1 & square shape

Here comes the dragon

3 days to Chinese New Year! Hmmm… hopefully tak lambat sangat nak update our CNY project yang kami buat last week.Simple je.. inspired from the dragon year, buat apa lagi.. tentulah dragon kan? Apa yang diperlukan cuma kertas untuk melukis dan tampal,warna (anything – magic color, crayon etc) dan lidi sate.

Senang je nak buat puppet dragon ni.. lukiskan gambar kepala dragon dan ekor sisi tepi dan warnakan. Kalau agak2 susah untuk kanak2 bayangkan dragon tu, carilah gambar dari internet atau buku2 cerita sebagai contoh. Untuk budak2 pre-school bolehlah guna teknik tekap. Untuk yang lebih dewasa, saya suka tengok mereka berimaginasi tentang dragon masing2 walaupun tak perfect seperti teknik menekap. Gunting kepala dan ekor tadi.

Lepas tu, ambil kertas yang agak panjang untuk bahagian badan dragon dan lipatkan secara berlapis untuk buat kesan macam puppet dalam lion dance tu..  Kalau rajin boleh hiaskan badan tu dengan corak badan dragon. Tampal kepala dan ekor di badan yang berlipat lepat tu. Lepas tu tapekan lidi pada bekas lipatan yang dibuat – dalam 2 atau tiga dan satu untuk kepala dan ekor…

Dah siap.. bolehlah berdragon dance chinese new year ni… To those who celebrate Chinese New Year, Happy New Year from Art-Venture Kids’ Studio!!!

Art-Venture Kids’ Studio opening soon in KL

Alhamdulillah,  semua urusan di KL berjalan lancar! Insyaallah, Art-Venture Kids’ Studio akan beroperasi di Petaling Jaya bermula 4 Feb 2012. Semua dijemput hadir memeriahkan hari terbuka kami di tarikh seperti dibawah:
 
Tarikh: 4th Feb 2012 (Sabtu)
 
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
 
Lokasi: MINDA INTERAKTIF ENTERPRISE (PINGU’S ENGLISH LANGUAGE CENTRE)
 
Alamat: 31-3, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya
 
Hubungi: Pn. Haniza 019-3371514   atau Pn. Aira 012-3070397
 
Jom bawa anak2 anda bersama dan cuba pelbagai aktiviti art & craft yang disediakan. Jumpa di sana!!

New Schedule for 2012 Classes (ALOR SETAR BRANCH)

Di bawah ialah jadual kelas2 bagi sessi 2012. Jika anda berminat tetapi jadual kelas tidak menepati masa yang dikehendaki, boleh hubungi kami di talian 019-3371514, dan kami akan usahakan  mana-mana slot yang sesuai, Insyaallah.

Pihak Art-Venture Kids berhak membuat rombakan jika perlu, tanpa notis.

Art-Venture Kids Studio in Harian Metro

Last week, we have been contacted by Aida from Harian Metro for a coverage kat ruangan Hati, bahagian famili. Thank you for the opportunity 😉 . Nak mudah baca, boleh click kat link di bawah:

http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadaperkataan__8216_tidakcantik__8217_diucapkan/Article

BIDANG kesenian tidak hanya terhad bagi golongan dewasa untuk berkarya kerana kanak-kanak juga memiliki bakat dan kreativiti tersendiri mengikut daya imaginasi mereka.

Setiap kraf yang dihasilkan serta lukisan atau contengan si kecil itu lebih daripada sekadar kreativiti kerana itulah luahan isi hati mereka yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata.

Malah, boleh dikatakan setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita dan memiliki kesinambungan tersendiri hinggakan ia menjadikan seolah-olah seni dan kanak-kanak sangat rapat.

Mengambil langkah proaktif dalam memahami keinginan kanak-kanak yang berusaha untuk meluahkan daya kreativiti mereka tanpa mendapat halangan, kelas seni dan kraf Art-Venture Kids’ Studio (AVKS) mula ditubuhkan.

 Sungguhpun tidak memiliki asas dalam bidang kesenian, ia tidak menghalang pengasas AVKS, Nor Haniza A Ghafar, 37, menubuhkan sebuah tempat yang memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi serta ketakutan dihadapi mereka dalam persekitaran yang selamat.
 Baginya, dapat melihat wajah kanak-kanak yang ceria selepas berjaya menghasilkan seni serta kraf hasil ciptaan dan usaha mereka sendiri sudah cukup memberikannya keyakinan untuk menjalankan aktiviti sebegini.

“Saya melihat seni dan kraf sebagai salah satu hobi yang positif untuk kanak-kanak kerana ia memberi peluang kepada mereka mencipta rekaan kreatif mengikut pemahaman tersendiri.

“Ia suatu aktiviti yang mudah, menyeronokkan, bersifat sejagat, pelbagai dan berevolusi serta boleh dibuat di mana saja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Melalui kesenian juga boleh dimasukkan elemen pembelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains serta Pendidikan Islam dalam bentuk interaktif yang lebih menarik dan mampu menarik lebih perhatian daripada kanak-kanak terbabit. 

Nor Haniza berkata, idea untuk menubuhkan kelas seni dan kraf ini berdasarkan pengalaman sendiri apabila ‘terpaksa’ berhadapan kerenah anak-anak yang gemar membuat kerja tangan kreatif mereka di rumah.

“Boleh dikatakan adakalanya rumah bersepah terutama jika mula menghasilkan hasil seni yang pelbagai mengikut daya kreativiti tersendiri.

“Namun, bagi saya keadaan persekitaran di rumah adakalanya kurang sesuai untuk mereka menghasilkan seni kreatif kerana kurang peralatan bersesuaian, gangguan daripada adik-beradik serta ruang yang agak terhad,” katanya.

Disebabkan itu, timbul idea untuk menyediakan studio sendiri apabila anak boleh meluangkan masa mengasah bakat mereka dengan suasana yang lebih kondusif dan menggalakkan. 

Memasuki tahun pertama penubuhannya, kelas yang dijalankan di AVKS adalah lebih kepada konsep santai apabila kanak-kanak diberi peluang mencuba pelbagai teknik dan medium yang digemari mereka dalam penghasilan seni dan kraf.

“Tiada perkataan ‘tidak cantik’ yang akan diucapkan dalam kelas yang kami sediakan kerana apa yang penting bukanlah hasil akhir seni dan kraf terbabit, tetapi keseronokan yang dirasai kanak-kanak berkenaan sepanjang proses yang dilakukan untuk menyediakannya.

“Malah, saya memberi mereka kebebasan mutlak untuk meneroka dan menghasilkan idea seni dan kraf tersendiri sebagai contoh, melalui projek menghasilkan mangkuk daripada kertas. 

“Saya hanya akan menunjukkan cara membuat mangkuk itu, tapi cara untuk menghias�nya terpulang kepada idea sendiri dan ini memberikan lebih keseronokan kepada mereka,” katanya.

Di samping itu, selain membantu merangsang minda kanak-kanak, aktiviti sebegini secara tidak langsung berupaya meningkatkan kemahiran sosial sesama mereka. 

Melalui kelas yang diadakan, kanak-kanak belajar cara untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya, berkongsi peralatan, mengutarakan dan menerima pendapat orang lain selain membantu merehatkan minda selepas penat menumpukan perhatian pada bidang akademik sepanjang minggu.

Berpusat di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah dan kini sudah memasuki tahun pertama penubuhannya, kelas seni dan kraf di AVKS ini diadakan sekali pada setiap minggu. Ketika cuti sekolah pula, turut diadakan bengkel tambahan kepada mereka yang tidak berpeluang menyertainya secara bulanan.

Selain itu, Nor Haniza berkata, buat masa ini dia mengajar sendiri kanak-kanak terbabit, tetapi tetap menggunakan khidmat dua artis secara sambilan terutama untuk kelas dan bengkel seni dan kraf yang lebih khusus.

“Tidak dinafikan untuk melayani kerenah mereka yang pelbagai saya perlu bertindak kreatif, ada masanya saya pasangkan lagu kegemaran mereka supaya tak cepat bosan, melayan mereka bercerita kisah di sebalik hasil seni mereka serta bermain, makan dan minum.

“Untuk itu, mereka dipecah�kan kepada kumpulan kecil supaya lebih fokus dan saya juga boleh memberikan tunjuk ajar dengan lebih dekat tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Malah, Nor Haniza berkata, dia sering mengingatkan diri ‘kanak-kanak hanya ingin berseronok’ dan kehadiran mereka di AVKS juga untuk merasai kemeriahan yang sama. Disebabkan itu, dia cuba jadikan suasana pembelajaran di situ lebih menyeronokkan. 

Untuk perancangan masa hadapan pula, dia berharap mengembangkan lagi kelas aktiviti seni dan kraf kanak-kanak ini ke seluruh negara.

“Saya bercadang membuka beberapa cawangan sama ada melalui sistem francais atau secara berlesen di beberapa negeri lain kerana turut mendapat permintaan untuk konsep sebegini khasnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 

“Ini bertujuan membolehkan setiap kanak-kanak mampu meluahkan daya kreativiti mereka pada tempat yang betul dan tidak ada orang boleh menilai apa yang mereka hasilkan itu ‘tidak cantik’,” katanya yang turut menyediakan laman web http://www.artventurekids.wordpress.com.