FAQ

Apakah kelas yang ditawarkan oleh Art-venture Kids’ Studio?

Art-venture Kids’ Studio menawarkan kelas seni dan kraf untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Tuition untuk SPM juga disediakan untuk pelajar tingkatan 4 & 5

Boleh terangkan lebih lanjut tentang kelas yang ditawarkan?

a)  Kelas seni & kraf yang dianjurkan adalah berkonsepkan “hobby class”. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk minat kanak-kanak kepada seni dan menjadikan ia suatu hobi di masa lapang. Ini secara tidak langsung dapat mengelak kanak-kanak dari melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak di shopping mall, cc dan lain-lain gejala kurang sihat.

b)  Kelas yang diadakan adalah dalam suasana yang santai tanpa tekanan ujian dan peperiksaan. Kami menekankan kebebasan berkreatif dengan memberi kanak2 peluang mencuba pelbagai media dan alatan yang disediakan.  Kelas yang kami sediakan adalah gabungan seni dan kraf, tidak seperti kelas-kelas seni lain yang menawarkan kelas seni dan kelas kraf yang berbeza. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali kepelbagaian seni dan kraf, sebelum benar-benar menumpukan perhatian dalam media yang diminati.

Apakah faedah mempelajari seni dan kraf?

a)  Kajian-kajian saintifik yang dibuat menunjukkan manusia akan menjadi lebih kreatif apabila kedua-dua bahagian otak digunakan. Justeru itu, pendedahan awal dalam melatih kanak-kanak menggunakan kedau-dua otak mereka pasti akan membantu meningkatkan daya kreativiti mereka di masa hadapan. Kreativiti tidak terhad di dalam bidang seni sahaja, malah ia adalah satu  keperluan dalam kehidupan seharian terutama dalam menyelesaikan masaalah.

b)  Kelas seni dan kraf kami diadakan dalam kumpulan kecil, maksimum 6 orang untuk kanak-kanak 4 hingga 8 tahun dan maksimum 10 orang untuk kanak-kanak 9 hingga 15 tahun. Ini bertujuan untuk memberi fokus kepada setiap kanak-kanak, dan berinteraksi secara dua hala dan menjadikan kanak-kanak berasa mereka didengari dan berkeyakinan diri.

c)  Selain dari itu, kelas sebegini megajar kanak-kanak skil-skil sosial lain seperti disiplin, pergaulan sebaya, kebersihan, bertanggungjawab dan sebagainya.

Apakah silibus yang diajar?

Walaupun kelas ini berkonsepkan “hobby class” dan memberi kebebasan berkreatif, kanak-kanak tetap akan diajar menggunakan kepelbagaian teknik seni dan kraf secara tersusun. Kelas tidak tertakhluk kepada melukis atau mewarna sahaja. Selain dari kedua teknik tersebut, teknik collage, papier mache, anyaman, ukiran dan sebagainya akan diperkenalkan untuk mewarnai sesi pembelajaran agar lebih seronok dan tidak membosankan.

Bagaimana dengan yuran yang dikenakan?

Sila hubungi kami di talian 019-3371514 untuk maklumat lanjut.

Berapa lamakah kelas diadakan, dan kekerapannya?

Kelas akan diadakan sekali minggu, selama 1 1/2 jam setiap sessi.

Bagaimana dengan jadual kelas?

Untuk permulaan kami telah menyusun kelas mengikut masa yang ditetapkan (sila rujuk facilitator untuk jadual terkini). Tambahan sesi akan dibuat jika terdapat permintaan yang mencukupi.

Apakah yang perlu disediakan oleh pelajar?

Para pelajar tidak perlu membawa apa-apa kerana semua alatan dan bahan untuk berkarya disediakan di studio. Walaubagaimanapun, sekali sekala, kami akan meminta pelajar membawa bahan-bahan terbuang dan guna semula agar mereka lebih bertanggungjawab dan sama-sama menjayakan kempen kitar semula.

5 thoughts on “FAQ

  1. hi..saya nak tnya..ada jawatan kosong tak di art-venture kid’s studio sbg tenaga pengajar..saya baru tamat belajar dalam jurusan ijazah seni halus di uitm dan saya membuat kajian tentang children’s art dalam subjek thesis saya..karya-karya painting yang saya hasilkan lebih menjurus kepada children’s art dan kontemporari..

  2. saya nak tanya … syllabus atau aktiviti nya sama atau ada kelainan setiap bulan? Saya berminat nak daftarkan dua orang anak saudara ( dua beradik .. 4 dan 7 tahun ). Tapi untuk membayar RM60 pendaftaran dan RM200 yuran bulanan, agak membebankan juga. So .. boleh tak saya gilirkan mereka ? Maknanya setiap dari mereka berpeluang belajar 2x sebulan. Terima kasih

    • Salam kak zue,

      every single week, projeknya berlainan sebab ada bermacam2 jenis art & craft yang boleh diexplore, tapi basic skillnya masih sama – painting, cut & paste, paper mache, – i.e. kalau this week painting guna acrylic, next 2 week maybe painting juga tapi guna watercolor.

      Tak da masaalah kalau kak zue nak gilirkan mereka, tujuan saya adakan kelas ni pun untuk bagi peluang pada kanak2 disini untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau berminat nanti, bolehlah call saya di 019-3371514 untuk class schedule;-)

  3. Salam Kak Zue,

    Saya sgt interested utk kelas kanak-2 spt. ini. So, I hope that art venture kids studio dpt membuka satu lagi branch di PJS area and I believe a lot of parents there are waiting this kind of xtvt for their child. ( coz PJ area xde lgsung kelas utk kanak-2 ). I really wanted to send my 2 kids join this but too far away from my place. Hope management can consider…

    Thanks.

    Thanks

  4. Jika pihak ArtVenture berminat utk mendapatkan doll plaster of paris yg berbagai bentuk boleh hubungi saya..0195180276 Puan Chin Chep dari CCP Khaidee Enterprise

Leave a comment