Featured Crafts in Berita Harian

Alhamdulillah, Selasa lepas, 27th March, salah satu kraf kami disiarkan di ruangan sisipan RATU, di Berita Harian. Harap-harap, info yang dikongsi memberi manfaat kepada pembaca! Insyaallah.

Sebenarnya idea timbul bila selalu tengok blog mat salleh yang selalu features daun2 kering pelbagai warna di musim luruh.. Tentu ada sesuatu yang boleh disesuaikan dengan cuaca kita di Malaysia..

Kalau tengok betul2 digambar tu saya siap lekatkan pokok padi yang kebetulan sedang menguning kat belakang umah.. heheh… Lain2 pokok tu ialah pokok buluh, rumput carpet, bunga rubiah yang dah kering, daun keladi dan lain2 daun dari pokok liar yang tumbuh kat depan rumah..

Kami dah cuba kraf ni di studio  tapi menggunakan pinggan plastik je – untuk kanak2 pre school, kami suruh cat je burung tu, tapi untuk yang dah bersekolah, kami guna teknik collage.. simple tapi memang menarik!!….dan bersepah;-)