Choco Craft Workshop

Cuti sekolah dah habisss… cepatnya terasa masa berjalan. Alhamdulillah.. cuti sekolah kali ni Art-Venture Kids’ Studio di jemput lagi untuk memeriahkan Choco Craft Workshop di Smartreader Kids Sri Kembangan.

Terima kasih kami ucapkan kepada pelbagai pihak yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu dan keseronokan bersama anak-anak syurga anda. Insyaallah, pengalaman kami hampir 6 tahun di bidang ini tidak akan kami sia-siakan.

Masih banyak ruang untuk di perbaiki dalam bidang ini. Kraf dan aktiviti anak-anak juga perlukan inovasi. Insyaallah, kami berjanji akan sentiasa berusah memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda!!!

CRAFT MUDAH – PUPPET HAIWAN MINI

★ Bekas telur
★ Cat poster atau acrylic
★ Felt atau kertas warna
★ Gam
★ Wiggly eyes

1. Potong bekas telur membentuk bahagian badan dan kertas warna sebagai kaki dan paruh

2. Warnakan bekas telur dengan warna hitam untuk penguin. Biarkan kering. Jika menggunakan cat poster, tinggalkan bahagian tengah untuk diwarnakan putih.

3. Warnakan putih pada bahagian tengah badan penguin.

4. Lekatkan kaki, paruh dan mata penguin.

5. Buat pelbagai haiwan mini lain dengan konsep yang sama, seperti burung, penyu dan lain-lain.

Selamat mencuba!!!

5421_1154908967853710_5722113160411836889_n

12814406_1154908924520381_6954947295156076522_n

12524261_1154908667853740_2802992276710726971_n

12670944_1154908717853735_4477127790623758529_n

12804753_1154908771187063_2387944492462287828_n

12814800_1154908824520391_6836339552516404022_n

9863_1154908871187053_6481561185412052593_n

12794452_1154908894520384_6576512511796937644_n