Recycle Arts – Boxes

Wow!! Lama betul tak update blog. Sibuk dengan bengkel cuti sekolah terbawa-bawa kemalasan sampai lepas cuti sekolah. Anyway, banyak projek yang nak dikongsi, saya mulakan dengan projek lori/bus/kereta menggunakan kotak2 terpakai.

Mudah je.. hanya perlukan beberapa kotak pelbagai size, gam, kertas warna dan marker. Pilih kotak bersesuaian untuk dibuat bus, lori atau kereta. Untuk kereta, kita perlukan 2 kotak berlainan size. Untuk bus dan lori, cukup dengan kotak rectangle yang panjang – saya gunakan kotak susu segar. Balutkan kotak dengan kertas warna, buat roda menggunakan lebihan kertas2 kotak atau cardboard (saya guna kotak cereal). Warnakan roda dan tampalkan ke kotak yang dah dibalut tadi. Kemudian lukiskan tingkap, pintu, lampu dan meriahkan dengan gambar driver danĀ passenger!

Mudah je kan…

3 thoughts on “Recycle Arts – Boxes

  1. Pingback: BERKREATIF SAMBIL BERMAIN | ART-VENTURE KIDS' STUDIO

Leave a comment