E-Book “Panduan Memulakan Kelas Art & Craft Kanak-kanak”

Alhamdulillah.. bengkel sehari di Kajang tempoh hari berjalan lancar. Harap perkongsian pengalaman dan ilmu yang tak seberapa memberi manfaat! Ilmu tidak akan berguna tanpa amal. Kadang-kadang kita sibuk mengumpul ilmu tapi takut-takut untuk bermula.. Tidak ada jalan lain kecuali bertawakkal kepada Allah sebagai pembuka langkah. Insyaallah, saya doakan kalian yang sudi belajar success dalam mengejar impian masing-masing ya!

Kepada yang punya niat untuk belajar tapi punya kekangan masa, tempat dan lain-lain komitmen, saya ada berita baik untuk anda! Saya kini sedang dalam usaha menyiapkan beberapa module E-book “Panduan Memulakan Kelas Art & Craft Kanak-kanak”

Besar harapan saya jika anda boleh memberi sedikit sebanyak feedback berbentuk soalan dan info apakah yang anda mahu saya jelaskan dan bantu dalam E-book tersebut.  Feedback anda saya dahulukan dengan ucapan Terima Kasih..