Jom Pancing Ikan!

Satu lagi craft dari Art-Venture Kids’ Studio yang disumbangkan kepada segment Ratu – Berita Harian minggu ini…

Yang ni, bukan anak-anak je yang leka main, parents pun boleh join sekali… ketika di studio, memang havoc macam pesta memancing, sampai nak angkat muka berposing pun tak sempat!

  • Di studio, kami guna kotak pizza untuk dijadikan kolam. Lagi best guna kolam yang dah terisi bola2, campak je ikan-ikan untuk dipancing..
  • Buatlah bentuk ikan tu banyak-banyak dan mulakan pertandingan memancing dengan anak-anak. Kalau rajin boleh letakkan pelbagai benda lain didalam kolam seperti bola atau lain-lain mainan supaya lebih challenge sikit nak dapat ikan.
  • Kalau suka boleh letakkan markah di badan ikan atau ikut warna – contoh ikan merah 50 markah, ikan biru 10 markah, siapa paling banyak markah dia menang.
  • Permainan ni tak banyak rule.. cuma dilarang menggunakan tangan untuk mengumpan ikan dan dilarang memancing ikan yang sudah berada di pancing lawan… eheehehehe..

Have fun!!